MUAT TURUN BORANG
EN / BM

TABUNG SARINGAN COVID-19
NOTIS PRIVASI

Halaman ini menerangkan Notis Privasi kami termasuk penggunaan dan perlindungan maklumat yang dihantar oleh pelawat. Sekiranya anda melakukan transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi anda, maklumat ini mungkin akan dikongsi dengan agensi-agensi awam, pihak insurans atau pengendali Takaful atau ahli-ahli LIAM/PIAM/MTA untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan yang lebih berkesandan cekap.

Maklumat yang Dikumpul

Tiada data peribadi dikumpul sekiranya anda hanya melayari laman sesawang COVID-19 Test Fund (CTF). CTF menyimpan maklumat peribadi daripada anda hanya apabila anda memilih untuk mendaftar untuk dan/atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan LIAM/PIAM/MTA. Anda boleh meminta untuk mengakses atau membetulkan data peribadi anda atau mengehadkan pemprosesannya pada bila-bila masa selepas ini dengan menghantar permintaan tersebut melalui e-mel ke liaminfo@liam.org.my. Sekiranya anda tidak dapat memberikan data peribadi tertentu yang diperlukan untuk kami menyediakan perkhidmatan kepada anda, kami tidak dapat menyediakan anda dengan perkhidmatan tersebut. Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan data peribadi anda boleh juga disalurkan kepada LIAM, PIAM atau MTA.

Apa yang akan berlaku apabila saya dipautkan ke Laman Sesawang yang lain?

Laman sesawang COVID-19 Test Fund ini mengandungi pautan ke laman sesawang yang lain. Notis Privasi ini hanya terpakai kepada laman sesawang COVID-19 Test Fund sahaja. Sila ambil perhatian bahawa laman sesawang lain yang boleh dicapai melalui laman sesawang COVID-19 Test Fund ini mungkin mengandungi polisi privasi yang berbeza dan pelawat-pelawat adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami kenyataan privasi laman sesawang tersebut.

Pindaan kepada Notis Privasi

Sekiranya Notis Privasi ini disemak semula, perubahan-perubahan tersebut akan dikemaskini pada halaman ini. Kami berhak untuk membuat perubahan pada bila-bila masa untuk memastikan pematuhan kami terhadap undang-undang dan peraturan yang berkaitan atau atau berikutan kemas kini amalan piawaian dalaman kami.

Kebenaran

Dengan menekan pada butang hantar, anda telah membaca, memahami dan memberi kebenaran anda untuk COVID-19 Test Fund untuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda selaras dengan Notis Privasi yang diberikan.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila
hubungi kami di 1-300-22-1188 atau 15-500