MUAT TURUN BORANG
EN / BM

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah menubuhkan Tabung Ujian COVID-19 (CTF) bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan lebih banyak ujian saringan COVID-19 untuk manfaat pemegang polisi insurans dan sijil takaful perubatan.

Pemegang-pemegang polisi insurans dan sijil takaful perubatan boleh memohon untuk pulangan balik sehingga RM300 untuk ujian saringan COVID-19 (satu pulangan balik bagi setiap individu) bagi memaksimumkan bilangan ujian yang boleh diberi oleh CTF.

Syarat-syarat & Kelayakan

  • Pemegang-pemegang polisi insurans dan sijil takaful di bawah pelan insurans / takaful perubatan individu atau kelompok*, yang telah dirujuk oleh doktor yang berdaftar untuk melakukan ujian saringan COVID-19 di makmal swasta yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan di laman web COVID-19 KKM.
  • Mereka yang layak dirujuk/ menjalani ujian adalah dianggap sebagai Orang yang Disiasat (PUI) seperti yang ditakrifkan oleh KKM atau mempunyai hubungan dengan kes positif.
  • Takrifan Kes PUI
    • Mempunyai jangkitan pernafasan akut (serangan tiba-tiba bagi jangkitan pernafasan dengan salah satu: kesesakan bernafas, batuk atau sakit tekak) dengan atau tanpa demam, ATAU
    • Ada sejarah perjalanan ke / menetap di luar negara dalam masa 14 hari yang lalu, ATAU
    • Hubungan rapat dalam masa 14 hari yang lalu dengan kes sah COVID-19, ATAU
    • Menghadiri majlis umum yang dikaitkan dengan wabak COVID-19.
  • CTF dibuka bagi ujian saringan yang dibuat bermula dari 27 Mac 2020 dan selanjutnya. Polisi insurans / sijil takaful mestilah masih berkuatkuasa pada 27 Mac 2020 dan pada masa ujian saringan COVID-19 dilakukan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ).

 

TERKINICTF akan merangkumi ujian saringan Covid-19 yang dilakukan ketika pembedahan kecemasan & separa-kecemesan. Klik sini untuk maklumat lanjut.

 

Permohonan

Untuk memohon CTF, anda perlu membuat tuntutan melalui portal CTF di www.myCTF.my dengan melengkapkan borang dalam talian dan mengemukakan borang-borang sokongan.

Berikut adalah borang-borang yang diperlukan untuk membuat tuntutan:

  1. Pengesahan dari Doktor melalui borang yang boleh dimuat turun dari www.MyCTF.my (Muat Turun Borang Tuntutan) , ATAU

    Salinan surat rujukan doktor / Nota Nasihat Perubatan bagi saringan yang dilakukan dirumah melalui perkhidmatan DoctorOnCall atau Doctor2U yang menyatakan bahawa anda perlu melakukan ujian saringan COVID-19, ATAU

    Borang Perintah Untuk Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman (Seperti Lampiran 14b Garispanduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.05/2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia). Tekan sini untuk melihat contoh.

  2. Resit pembayaran ujian COVID-19
  3. Kad pengenalan (depan & belakang)

Nota:

  • Semua dokumen perlu dimuatnaik ke dalam portal dengan menggunakan salinan imbas atau gambar imej. Sila pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah jelas.
  • Hanya 1 permohonan yang dibenarkan bagi setiap pemegang polisi insurans dan sijil takaful.

 


 

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

 

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila
hubungi kami di 1-300-22-1188 atau 15-500