- CTF ialah satu tabung bernilai RM8 juta yang ditubuhkan oleh industri insurans dan takaful bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan lebih banyak ujian saringan COVID-19.
- Tabung ini akan menyalurkan pembayaran balik tunai tetap untuk kos ujian saringan COVID-19, bagi individu yang dilindungi di bawah polisi insurans/ sijil takaful perubatan individu atau kelompok.
- Produk-produk Insurans /Takaful Perubatan dan Kesihatan yang layak untuk Tabung Saringan COVID-19 adalah termasuk di bawah produk-produk yang ditakrifkan di bawah Garis panduan Insurans/ Takaful Perubatan dan Kesihatan oleh Bank Negara Malaysia.
- Ini termasuk pelan perbelanjaan perubatan, pelan hospital dan pembedahan, pelan pendapatan hospital, pelan penyakit kritikal/pelan penyakit yang amat ditakuti dan pelan-pelan insurans/ Takaful lain yang memberi manfaat yang sama. Hanya pelan dengan tempoh polisi / sijil lebih daripada atau sama dengan 12 bulan layak untuk tabung CTF tanpa mengambil kira mod bayaran premium / sumbangan.
- Tabung Saringan COVID-19 hanya untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Walau bagaimanapun, CTF tidak meliputi Skim Hospitalisasi Pekerja Asing.
CTF boleh diguna pakai bagi pemegang polisi insurans dan sijil takaful di bawah pelan insurans / takaful perubatan individu atau kelompok*, untuk ujian saringan COVID-19 di makmal swasta yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan di laman web COVID-19 KKM.
* untuk kelompok pekerja sahaja, tidak termasuk tanggungan
Bagi polisi/sijil pihak ketiga, hanya tertakluk kepada orang yang dijamin/orang yang diinsuranskan/orang yang dilindungi.
Polisi insurans / sijil takaful anda mestilah masih berkuatkuasa pada masa ujian saringan COVID-19 dilakukan.
1. Kes Suspek COVID-19/Orang yang disiasat (PUI)
Individu yang memenuhi kriteria klinikal DAN epidemiologi:
a. Kriteria Klinikal:
Sekiranya tidak ada diagnosis yang lebih mungkin:
i. Sekurang-kurangnya dua dari gejala dibawah:
• Demam
• Badan Sejuk
• Mengigil-gigil
• Kejang otot (Myalgia)
• Sakit kepala
• Sakit tekak
• Mual atau muntah
• Cirit-birit
• Kelesuan
• Hidung tersumbat, berair atau sukar bernafas
ATAU
ii. Salah satu gejala dibawah
• Batuk
• Sesak nafas
• Kesukaran bernafas
• Kehilangan deria bau secara tiba-tiba (anosmia)
• Kehilangan deria rasa secara tiba-tiba (ageusia)
ATAU
iii. Penyakit pernafasan yang teruk dengan sekurang-kurangnya satu daripada yang berikut:
• Bukti klinikal radang paru-paru (pneumonia)
• Sindrom Distres Pernafasan Akut(ARDS)
b. Kriteria Epidemiologi
Pernah hadir satu ATAU kawasan yang dikaitkan dengan kluster COVID-19 ATAU zon merah1
ATAU
Pernah melawat ke / tinggal di luar negara dalam masa 14 hari sebelum bermulanya sakit;
ATAU
Mempunyai kontak rapat2 yang positif COVID-19 dalam masa 14 hari sebelum bermulanya sakit.
2. Kes yang mempunyai kemungkinan COVID-19
Individu yang mempunyai keputusan RTK Ag positif sementara menunggu pengesahan RT-PCR
ATAU
Kes suspek dengan pengimejan dada menunjukkan penemuan yang menunjukkan penyakit COVID-19 (rujuk Lampiran 24)
Nota: Prosedur pengimejan radiologi tidak dinyatakan dalam semua kes yang disyaki COVID-19 melainkan jika terdapat kecurigaan klinikal pneumonia.
3. Kes COVID-19 yang disahkan
Seseorang yang telah mendapat pengesahan makmal mempunyai jangkitan dengan COVID-19, tanpa mengira tanda atau gejala klinikal.
4. Individu di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (PUS) untuk COVID-19
Individu tanpa gejala yang dikenakan Perintah Pengawasan Rumah (HSO)
1 Senarai kawasan zon merah berdasarkan data pergerakan 14 hari oleh mukim /
zon / presint yang dikemas kini setiap hari dalam telegram CPRC: https://t.me/cprckkm
2 Definisi kontak rapat:
i. Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes yang disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap (termasuk memberi rawatan terus kepada pesakit COVID-19, bekerja bersama anggota kesihatan yang dijangkiti COVID-19, melawat atau tinggal bersama pesakit COVID-19).
ii. Bekerja bersama dalam jarak dekat atau berkongsi persekitaran bilik darjah yang sama dengan pesakit COVID-19
iii. Mengembara bersama dengan pesakit COVID-19 di dalam apa jenis kenderaan.
iv. Tinggal di rumah yang sama dengan pesakit COVID-19
Mulai 23 Disember 2020, kriteria kelayakan CTF telah diperluas untuk merangkumi semua pemegang polisi insurans / sijil Takaful kesihatan (MHIT) individu / kelompok termasuk pesakit yang tanpa gejala di negara ini. Pesakit tanpa gejala merujuk kepada individu yang mungkin dijangkiti virus tetapi tidak mempunyai gejala batuk, sakit tekak, selesema dll.
Semua pemegang polisi insurans/sijil takaful MHIT yang tidak bergejala kini layak untuk membuat tuntutan CTF untuk ujian COVID-19 yang telah dijalankan di mana-mana makmal atau kemudahan perubatan yang sah yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di bawah kelayakan CTF yang baru diperluas ini, mana-mana pemegang polisi insurans/ sijil takaful tanpa gejala berhak menuntut di bawah Kategori C, seperti berikut:
Nota: Bagi Orang yang Disiasat (PUI) (mereka yang berisiko atau dirujuk oleh doktor untuk menjalani ujian COVID-19 seperti yang ditentukan oleh KKM) dan ujian yang dilakukan kerana kemasukan ke Hospital untuk kes Kecemasan dan Separa Kecemasan, kadar pembayaran balik tetap tidak berubah iaitu maksimum RM300 setiap ujian bagi setiap individu.
CTF akan merangkumi Ujian Saringan COVID-19 yang dilakukan ketika pembedahan kecemasan dan separa kecemasan yang dijalankan dari sekarang sehingga 30 Jun 2021 (atau awal dari tarikh tersebut, sekiranya dana ini telah digunakan sepenuhnya).
Definisi untuk kes-kes kecemasan dan separa kecemasan yang layak adalah berdasarkan Indeks Keterukan Kecemasan dari Agensi untuk Penyelidikan dan Kualiti Penjagaan Kesihatan (agensi di bawah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat):
-
Kecemasan bermaksud situasi di mana pesakit memerlukan campur tangan segera untuk menyelamatkan nyawa.
-
Separa Kecemasan bermaksud pesakit berisiko tinggi yang keadaannya mudah merosot atau yang mempunyai gejala keaadaan yang memerlukan rawatan dalam tempoh tertentu.
Dengan kelayakan yang diperluas, anda kini layak untuk membuat tuntutan CTF sekiranya di masukkan ke hospital yang tidak memerlukan anda menjalani pembedahan Kecemasan atau Separa Kecemasan. Anda juga layak menuntut dari CTF jika anda menjalani Pembedahan Elektif.
Rujuk ke Soalan "Siapakah yang boleh mengambil ujian saringan COVID-19 di bawah CTF?" mengenai kadar tuntutan CTF untuk kategori anda.
Ya. Dengan perluasan kriteria baru CTF sekarang, ianya merangkumi kos ujian saringan COVID-19 yang diperlukan untuk pembedahan elektif.
Anda perlu membayar kos ujian saringan COVID-19 dan kemudiannya membuat tuntutan bayaran balik. Kos ini tidak ditanggung dengan menggunakan Surat Jaminan.
Ya, anda layak membuat tuntutan dari CTF tanpa mengambil kira keputusan ujian saringan
Dana CTF adalah dikhaskan untuk ujian saringan COVID-19. Sekiranya anda memerlukan rawatan lanjut, anda boleh menghubungi syarikat insurans / pengendali takaful anda untuk mengetahui lebih lanjut sama ada rawatan tersebut dilindungi di bawah polisi insurans / sijil takaful anda.
Ya, anda boleh membuat tuntutan daripada CTF bagi ujian saringan yang dilakukan di rumah, dengan syarat anda dirujuk untuk mengambil ujian saringan oleh doktor, memenuhi kriteria yang ditetapkan dan saringan dibuat oleh makmal yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Pada masa ini, Doctor2U dan DoctorOnCall adalah termasuk dalam senarai yang diluluskan untuk pembayaran balik untuk saringan yang dilakukan dirumah dengan mengambirakira kriteria tuntutan dipenuhi.
Bagi PUI atau kemasukan ke hospital, anda perlu berjumpa doktor yang berdaftar untuk membuat ujian. Bagi pesakit yang tidak bergejala, anda perlu melakukan ujian di makmal atau pusat kesihatan yang diiktiraf oleh KKM.
Anda boleh pergi ke mana-mana doktor berdaftar di klinik atau hospital kerajaan atau swasta, dan jika anda menepati kriteria yang ditetapkan serta dinasihatkan oleh doktor yang berdaftar untuk membuat ujian saringan, sampel ujian akan diambil serta-merta pada waktu itu.
Ataupun, anda akan diarahkan untuk pergi ke mana-mana makmal yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman web mereka.
Tidak. Anda tidak layak membuat tuntutan dana CTF jika ujian saringan dilakukan secara percuma.
Tidak. Dana ini adalah untuk membantu anda menampung kos saringan tersebut.